Admin ResepiDARA akan berkongsi tentang Resepi Pasta Penne Goreng Pedas yang sangat mudah. Juadah ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.
Bahan diperlukan:
1 peket pasta penne
1 peket sausage
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap
2 cawan mix vegetables
Bahan yang perlu diblend:
50 grm udang kering
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili kering
5 biji cili api
*Kuantiti cili api boleh dikurangkan atau ditambah ikut pada citarasa.
Cara penyediaan:
1) Rebus pasta sampai lembut dan tos sekejap. Semasa merebus masukkan satu sudu kecil minyak ke dalam air rebusan pasta, supaya pasta tidak melekat antara satu sama lain.
2) Potong sausage menjadi kepingan kecil, boleh ditambah bahan-bahan lain seperti ayam, udang, daging dan sebagainya. Boleh juga digunakan sayur brokoli atau bunga kobis.
3) Panas kan 4 sudu minyak dan tumiskan bahan diblend tadi sampai naik bau. Kemudian masukkan sausage dan sayur campur dan terus kacau. Seterusnya masukkan kicap, sos tiram dan pasta. Terus kacau supaya pasta bercampur mesra dengan bahan-bahan kuah/tumis. Akhir sekali boleh ditambahkan garam atau kicap jika pasta masih kurang masin. Terus mengacau supaya pasta tidak melekat pada kuali, sebainya gunakan kuali non-stick. Bila dah masak boleh la ditutup api.
Selamat Mencuba

No comments:
Post a Comment