Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Admin ResepiDARA akan berkongsi tentang Resepi Kek Coklat Moist yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.
BAHAN BAHAN KEK
- 240g Tepung gandum
- 60g serbuk koko
- 230g gula
- 1 cawan minyak
- 1 cawan susu cair ( guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air pun boleh )
- 5g asen vanila
- 5g sodium bikarbonat
- 2 biji telur
CARA CARA
- Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati (Sebelum tu panas pengukus dulu )
- Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi.
- Ikat kain pada penutup periuk pengukus.
- Kukus kek selama 60 minit ( Dah boleh mula check kek dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau dah ok boleh tutup api )
BAHAN BAHAN TOPPING
- 30g serbuk koko
- 2 sudu minyak masak
- 1 cawan susu pekat manis
- Coklat rice
CARA CARA
- Campurkan susu pekat manis, minyak dan serbuk koko dan gaul secara double boil. Agak agak likat terus angkat.
CARA HIDANG
- Setelah kek sejuk, letakkan toping keseluruhan kek.
- Taburkan coklat rice.
- Siap!
- Cair dalam mulut bakhanggg
TIPS:
1. Kukus kek lebih moist berbanding bakar.
2. Topping boleh adjust ikut selera masing masing, lebihkan/kurangkan susu atau serbuk koko.
3. Letak topping ketika kek sudah sejuk.
4. Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat cupcake. (Kukus 20 minit )
Selamat mencuba! :blush:


No comments:
Post a Comment